9.3.10

Ada Apa Dengan Kenduri Kahwin?

Penghujung minggu ini, cuti persekolah akan tiba. 
Sinonim dengan cuti persekolah, musim kenduri akan muncul. 
Bila tiba musim kenduri , tentu ramai yang makan kenduri nasi
minyak atau nasi briani. Jarang kenduri kahwin
makan nasi biasa atau sekadar makan mee, mehun atau soto . 
Kalau ada yang buat kenduri walimah sekadar
hidang laksa, mee goreng atau meehoon sup 
sahaja agaknya macam mana persepsi para jemputan?


Sebetulnya, pada 14 Mac ini, keluarga saya di Terengganu akan turut membuat kenduri sempena perkahwinan adik lelaki bongsu saya.Menunya cuma masakan kampung sahaja.Ada gulai nangka, ikan bakar, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan gulai daging. Ala-ala kampung gitu. Kononnya nak cari perubahan supaya
orang tak jemu dengan menu biasa. 
Kita tengoklah nanti bagaimana sambutan tetamu.

Tiada ulasan: