7.3.10

Binatang Jahanam Apa Yang Membuang Bayi Ini?

 

 

kalau sesiapa tak tersentuh melihat gambar-gambar di atas, itulah binatang namanya.

Tak tahulah apa nak jadi sekarang. Kian menjadi-jadi pula orang kita buang bayi. Inilah petanda dunia dah akhir zaman. Kalau ada sesiapa yang mahu buang bayi, ajaklah aku sekali. Dengan orang yang buang bayi tu aku buang sekali. Cis, bangsa apa sebegini laku?
Isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan aku pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

"Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

1 ulasan:

winter gurl berkata...

kasihannya ....terentuh n sedih bila nampak gambar tu ....

bodoh dan berdosa benar orang tu , membunuh nyawa .