20.3.10

Bunga Tanjung di Masjid UUM

Seusai tamatnya program Secangkir Kasih Palestin anjuran pelajar Pengucapan Umum (Kumpulan A), Universiti Utara Malaysia, aku membawa anak-anak buah dan anakku mengelilingi sekitar UUM. Singgah solat Asar di masjid UUM. Suasananya yang tenang dan damai begitu menyentuh perasaan. Hati mana yang tak terkesan andai berkesempatan sujud di hamparan masjid sebegini rupa. Aroma bunga tanjung menyusup masuk mengharumkan ruang solat.

Aduh jiwa...tenanglah di rumah Allah ini. 
Aduh hati...damailah di persinggahan ini.


Tiada ulasan: