31.3.10

Gaji Aku hanya Sepasang Kasut Seorang Menteri.

Membaca sebaris ayat dalam sajak SN Usman Awang, " Suara dari Pusara" yang berbunyi..."Gaji aku hanya sepasang kasut seorang menteri" cukup memberi kesan kepada aku. Di luar sana, jauh dari keriuhan anak-anak di restoran makanan segera, jauh dari nada bunyi Blackberry, jauh dari deruman Estima, masih ada lagi jiwa-jiwa yang menderita. Aku kisahkan hal ini agar kita tidak melupakan mereka yang terhimpit. Mereka ini bukanlah warga asing. Bukanlah orang luar. Mereka saudara sebangsa seagama kita tetapi nasib mereka tidak semacam nasib kita yang mampu terkedang di depan peti televisyen menyaksikan airmata tumpah di Akademi Fantasia. Air mata kita turut tumpah sedangkan air mata mereka tumpah kesan dari tekanan hidup yang begitu menghimpit. Aduhai hati, lembutlah engkau untuk mengongsi sebahagian daripada hidup kita dengan mereka.

1 ulasan:

kuina berkata...

sy pakai kasut tak ada jenama, lagi tak robak.. selagi tu pakai.. klu nak jenama g kedai beli stiker.. tampal... hehehe...