2.3.10

Piirah...lelaki pun sama.

                                                                     
Sedang saya merayau-rayau dalam internet ni, saya terserempak dengan satu entri dari satu blog yang saya rasa faktanya agak tidak berapa adil. Entrinya bercerita tentang perbezaan lelaki dan perempuan. Saya ceduklah sedikit untuk kita bincangkan. Antara fakta-faktanya yang saya agak was-was iaitu

1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

 ( Siapa sebenarnya yang bangun malam buat susu anak, tukar lampin anak? Saya kadang-kadang bangun  jugak buat semua benda tu...)


2. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
(betul ke ni? Tak setuju sebab kawan saya bau badannya melekat dalam bilik berhawa dingin sampai ada orang termuntah)


3.Wanita biasanya mengambil masa selama 153 saat berada di tandas, laki-laki hanya mengambil masa 113 saat sahaja. 
(Tak jugak. Lelaki zaman sekarang kononnya metroseksual ambil masa lama jugak nak belek muka. Saya pernah terserempak lelaki jenis semacam ini di dalam tandas.)

Tak tahulah saya apa nak kata lagi. Kalau tak setuju, berilah pendapat.Boleh gitu?

2 ulasan:

.khai. @ drcomot berkata...

hai(:

anyway thx jalan2 kat blog saya.. huhu

saya jawab semua persoalan awk ye.

1) awak da kecik kan skop dalam malaysia. malaysia ni 1 negara kecik je. actually fakta tu dia amik dari seluruh dunia. tak kira umor. tak dinafikan lelaki dimalaysia agak malas2. cuba kita banding dengan jepun, or negara2 maju lain? lelaki yang menguasai segala sektor.

2) lampin or susu anak. nak cakap macamne ea? awak da kecikkan skop kepada yang ada anak2 kecik pulak.
hakikatnye, kalau kita tengok pelajar universiti di harvard, kadar purata tidur pelajar lelaki adalah 3 jam dan perempuan 4-5 jam.

3) peluh. fakta, lelaki lebih berpeluh kepada perempuan. tapi bilangan kelenjar perempuan lebih banyak dari lelaki. saya pernah terbaca, seorang tukang kasot lebih rela membaiki 10 kasut lelaki dari 1 kasut wanita, sebab kasut wanita lebih2 berbau.

4) masa dalam tanda. sekarang memang ada lelaki yang suka tengok cermin (saya la tu) masa dalam tandas, tapi minoriti. cuba perhatikan perempuan or laki yang keluar dulu tandas masa pegi shopping comlex. laki ke perempuan?

huhu anyway saya suka kita bertukar2 idea macam nie.. huhu(:
nice to meet u..

mycaklempong berkata...

Adik Khai...

Wah, ini dah kira bagus ni. Blogger professional dah nasuk abang punya blog. Satu penghormatan sebenarnya. Blog abang ni bukanlah ada apa pun, sekadar tempat abang simpan idea ja...

Kiranya macam saya nak jawab balik la ya apa yang awak tulis tu....hihi

1)Aduh, beraninya adik kata lelaki di Malaysia malas...statement maut nih.Saya pilih fakta ni atas sebab budaya masyarakat Melayu kita yang sebegitu. kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain di seluruh dunia, tak tercapai oleh kemampuan saya untuk buat penyelidikan.jadi saya kecikkan skop dalam Malaysia saja. Boleh gitu dik..? hihi

2)Skop perbincangan saya lebih menjurus kepada lelaki yang dah beranak pinak. Jadi, persoalan lampin melampin ini biarlah abang dan suami-suami lain yang selesaikan. Eh, betul ke fakta tentang student lelaki di Harvard tu? Nanti saya buat sedikit kajian di Universiti Utara Malaysia ya...

3) Antara bau badan lelaki dan perempuan, setakat ini saya belum pernah terbaca sebarang kajian untuk membandingkannya.Yang ditulis itu cuma fakta biologi sahaja.

4)Eh awak ni...lelaki yang merokok tak boleh duduk diam kalau tak kena. Cuba tengok time Perhimpunan Agung UMNo kat PWTC contohnya.Golongan mana yang kerap keluar masuk tandas? (sayalah tu...hihi).

Apapun itu sekadar pendapat peribadi sahaja.bagus kita boleh bertukar idea macam ni. Ok. ketemu lagi ya.