24.3.10

Rahsia Perkahwinan

Berdasarkan petikan akhbar Utusan Malaysia 3 Mac 2009, memaparkan kadar perceraian di Malaysia meningkat mendadak mencecah 75,299 kes. Kadar tertinggi di Johor, manakala kadar terendah di Perlis. Apakah trend perceraian ini disebabkan terikut-ikut dengan selebriti tanah air kita? Ramai masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu, sering menghabiskan masa di hadapan TV. Mengikut kajian yang dibuat sesaorang itu menghabiskan masanya di hadapan TV sekurang-kurangnya empat jam dalam sehari semalam. Maka selebriti yang sering muncul di kaca TV diminati dan menjadi idola. Berlebih lagi apabila kisah perceraian rumah tangga selebriti ini diikuti oleh peminat.

Satu kajian penyelidikan di London membongkar rahsia perkahwinan berpanjangan melalui 4 kali ciuman sehari, hubungan seks 3 kali seminggu dan berkongsi dua hobi dengan cara memeluk pasangan 3 kali setiap 24 jam serta mengucap kata-kata “ Saya sayangkan awak” sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini boleh memanjangkan usia perkahwinan. Betul ke ? 

Tiada ulasan: