27.3.10

UUM Konvo Lagi

Petang tadi selepas habis kelas Ko-Kurikulum, sementara menantikan jam 6.00 petang untuk swipe-out kad pintar, aku sempat ke tapak Karnival Konvokesyen UUM. Berdentam-dentum bunyi muzik dari deretan kereta yang menyertai acara di tapak karnival tersebut. Aku pun tak faham apa yang seronok sangat dengan bunyi yang kuat sebegitu sehingga nak pecah anak telinga aku dibuatnya. Apapun, itu minat mereka. Cumanya, minat tersebut tak sealiran dengan aku. Nak tahu lebih lanjut tentang Karnival ini sila klik di sini.

Tiada ulasan: