1.5.10

Ada Apa Dengan Nusrat Fateh Ali Khan ?

Biasa dengar lagu Allahu oleh Raihan. sebenarnya lagu itu asalnya dinyanyikan oleh Sir Nusrat Fateh Ali Khan. Beliau seorang lagenda dalam  genre Qawwali.Siapa Nusrat Fateh Ali Khan? Beliau pernah muncul dalam majalah ternama Time (2006) sebagai "Asian Hero". Qawwali adalah salah satu dari cabang seni dan budaya kaum Sufi yang bercampur dengan unsur-unsur Syiah.

mycaklempong : Saya berasa resah dan bosan melihat kebanyakan lagu nasyid ini seolah-olah kehilangan arah. Nasyid zaman Raihan dahulu  meraikan cinta yang tinggi. Cuba kita bandingkan dengan lagu berteraskan keagamaan dari luar, grup qawwali misalnya. Dapat jelas kita lihat universalnya Islam. Cuba dengar nyanyian Nusrat Fateh Ali Khan. Mereka hanya menggunakan instrumen tradisional - tetapi, lagu mereka menusuk hati. Ada liriknya yang diambil daripada puisi Iqbal. Gabungan lirik dan irama, akhirnya, lagu mereka menyentuh hati, dan tidak setakat itu, membuatkan kita berfikir dan merasai kekerdilan diri dan fananya dunia ini. Itu kesan yang kita mahu.




1 ulasan:

vida la rasta berkata...

oooooo ini rupanya entri beliau yg dok pikio tue