12.4.10

Budaya Popular vs Budaya Tradisional Melayu

Penyebaran bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju dalam proses globalisasi itu memberikan kesan yang menyeluruh terhadap budaya Melayu tradisi. 

Generasi muda didapati kurang memberikan perhatian terhadap hasil seni Melayu tradisional, malahan tradisi seni itu semakin dipinggirkan. 

Persaingan dengan perkembangan budaya popular di peringkat global membawa kesan kepada tradisi budaya tempatan, iaitu apabila unsur popular itu digunakan sebagai nilai-nilai kemajuan dan kemodenan kini. Segala warisan tradisi dianggap sebagai ketinggalan zaman dan tidak dinamiks mengikut pembangunan pesat kini.

Tiada ulasan: