6.4.10

Cerita Tentang Seks

Seks merupakan fenomena yang wujud semula jadi. Bercerita mengenainya menjadi satu pantang larangan sosial. Gadis-gadis yang baik tidak seharusnya memikirkan tentang seks, bercerita tentang seks atau seronok mendengar cerita seks. Terdapat satu maksud atau ungkapan yang tidak sah, salah dan buruk mengenai seks. Perasaan ini datang dari latar belakang keluarga kita sendiri. Sama ada kita suka atau tidak, pendidikan seks mestilah bermula dari rumah.
                                                                                                        
Misalnya, seseorang anak kecil tentu bertanya pada ibunya mengapa kucing mengawan atau dia terlihat dua ekor ayam sedang mengawan. Sifat ingin tahu dengan sendirinya akan timbul dalam jiwa anak-anak itu. Seseorang ibu yang tidak memahami pengetahuan seks tentu akan memarahinya akan pertanyaan anaknya itu. Ada pula ibu bapa yang tidak langsung memberi kerjasama menjawab pertanyaan itu sebaliknya menyuruh anak itu bertanya pada gurunya pula.

Tindak balas yang semulajadi ini akan membawa pula si anak membesar dengan satu perasaan dan fikiran bahawa terdapat sesuatu yang salah pada proses pembiakan keseluruhan hidup makhluk di dalam dunia ini.

Mereka telah mendapat mesej secara tidak langsung adalah salah untuk bertanya tentang seks. Orang ramai hanya membicarakan tentang seks secara tersembunyi atau kadang-kadang hanya dirujukkan melalui gurauan yang kotor. Kekurangan pengetahuan dan perbendaharaan kata mengenai seks merupakan salah satu lagi sebab mengapa kebanyakkan orang terlalu sukar membincangkan mengenai seks. Mereka hanya tahu bahasa dan perkataan yang lucah mengenai seks. Bila mereka menggunakan perkataan-perkataan yang kotor ini, mereka berasa bersalah tetapi mereka tidak tahu bahawa terdapat istilah-istilah yang lebih elok dan sesuai mengenai seks. Inilah punca-punca mengapa ramai orang terlalu sukar untuk berbincang mengenai seks dengan cara lebih sempurna dan baik.

                           gambar sekadar hiasan. Tidak kena mengena dengan entri di atas.

Tiada ulasan: