23.4.10

Posting Yang Provokatif

Tak tahu nak kata apa bila posting saya di Facebook disalahertikan sebagai provokasi. Apa sebenarnya provokasi ?
Saya sempat menelaah pandangan Edward De Bono dalam melatih pemikiran lateral.Saya melihat dengan provokasi minda akan semakin kuat, ligat, lasak dan kreatif. Pemikiran Lateral inilah yang akan mencambahkan idea-idea baru dalam gerakan dan menyuburkan metodologi yang pelbagai dalam mencapai matlamat. Saya lihat, minda perlu diasak agar tidak malas dan banyak beralasan. Dua penyakit ini iaitu "malas dan banyak alasan" semakin membarah di kalangan anak muda.

Salah satu teknik pemikiran lateral ialah "provokasi". Edward De Bono telah mencipta satu perkataan yang baru yang disebut PO.Perkataan ini bermakna “apa yang mengikuti selepas ini adalah provokasi semata-mata”.Ayat provokasi mengandungi idea-idea provokatif. Fungsi idea-idea itu ialah sebagai batu loncatan yang digunakan oleh minda supaya kita dapat melompat keluar daripada pola-pola rutin. Setelah kita membina idea provokasi, kita akan menggunakan operasi “mengerakkan” untuk membawa idea tersebut ke hadapan.Edward De Bono mengemukakan lima sumber provokasi iaitu provokasi tidak sengaja, penyongsangan, lari,angan-angan kosong dan gila-gila. Di mana letaknya sumber provokasi saya?

Jadi, kepada kawan-kawan yang tersinggung dengan provokasi saya, pandai-pandailah menjaring maksud di sebalik kata-kata lancang saya.

2 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu Adimuz....

Kita tak dpt nak puaskan hati semua pihak di sekitar kita, kan Cikgu. Ada yg amik k`sempatan utk m`persendakan apa yg kita tulis.

Masa sy buat n3 (masa ke Melbourne, AUS) tempoh hari, ada yg consider sy ni suka menunjuk2.

Dan masa sy ke Amsterdam recently pun, ada yg cakap sy ni menunjuk2. Actually, sy lakukan n3 tu atas dasar p`kongsian ilmu dan utk m`buka minda yg kita perlu m`perluaskan lagi "pandangan" kita t`hadap p`sekitaran. Takkan nak jadi seperti "katak di bwh tempurung" kan.

Yg komen cenggitu bukanlah kwn2 blogger yg selalu masuk ke blog sy, tapi blogger yg tak pernah kenali penulisan sy yg b`sahaja dan santai.

:)

mycaklempong berkata...

Hahahahaha....

ada jugak orang macam tu ya. Mungkin dia orang tu dengki agaknya tengok Zyma terbang ke sana ke mari. Itu kan rezeki awak. Pedulikan orang macam tu. Saya mahu Zyma teruskan menulis Zyma itu. Sekurang2nya saya yang tak berpeluang, bolehlah belajar sesuatu.

Untuk Zyma, hayati lagu My Way by Frank Sinatra......