19.5.10

Ada Apa Dengan Islam Liberal ?

Islam Liberal adalah tidak lain melainkan suatu ajakan kepada umat untuk menjadi sesat, iaitu menyingkirkan aqidah, syariat dan akhlak yang berkaitan dengan Islam. Di Malaysia, gerakan ini muncul di tengah-tengah masyarakat pada sekitar awal 80-an. Ia bermula dengan lahirnya Gerakan Anti Hadis yang dipimpin oleh Kassim Ahmad. Namun begitu, setelah gerakan ini tewas dalam perdebatan dengan ABIM, mereka berdiam buat sementara waktu. Ia kemudiannya muncul kembali atas nama Jamaah Islam Malaysia yang menolak hadis dan mempertahankan sekularisme. Berikutnya pula, muncul satu lagi kumpulan yang dinamakan Sisters In Islam di bawah pimpinan pegawai eksekutifnya, Zainah Anwar, seorang peguam wanita. Mereka memperjuangkan hak wanita Islam mengikut acuan feminisme Barat. Amina Wadud dan Fathi Osman adalah antara rujukan mereka. Dalam lingkungan masyarakat Malaysia, Islam Liberal ini dijunjung oleh beberapa orang ahli politik samada di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Deretan filem oleh Yasmin Ahmad menyemarakkan lagi agenda golongan ini. Berdasarkan situasi ini, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk sahaja sambil mengatakan tiada apa-apa kemusnahan yang perlu dirisaukan. Latihan kepada para pendakwah perlu dikemaskan lagi dengan memasukkan sama falsafah-falsafah dari Barat dan ideologi-ideologi moden yang mengancam pemikiran umat Islam.

*diolah daripada tulisan Prof Madya Dr. Hj. Fadhullah Jamil, pensyarah di Pusat Pengajian Jarak Jauh, USM Pulau Pinang di dalam buku "Cabaran Politik Baharu Malaysia", ( Media Icon 2009)

Amina Wadud

Fathi Osman

Kassim Ahmad

http://bensonchin.com/wp-content/uploads/2009/07/gubra.jpg

Tiada ulasan: