3.5.10

Ada Apa Dengan Roti Canai


Cerita pasal roti canai membuatkan tekak saya kembang dan geli geleman. Saya memang tak makan roti canai dari dulu lagi. Adalah sebabnya. Apa yang saya nak ceritakan di sini akan membuatkan tauke-tauke kedai roti canai terutamanya kedai mamak akan marah. Seterusnya, saya pohon kemaafan andai ada di kalangan yang membaca entri ini akan mengalami muntah-muntah, kejang perut dan sebagainya selepas membacanya kerana entri kali ini agak kotor dan menggelikan.

Dua sebab saya tak makan roti canai. 

1. Ada cerita yang bertiup kencang mengatakan roti canai diuli dengan menggunakan kaki, diulangi kaki. Bukannya tangan, bukannya siku. Bayangkanlah kaki mamak yang berbulu lebat itu berada di dalam besen yang penuh dengan tepung roti canai yang seterusnya masuk ke dalam mulut dan dinikmati oleh kita dengan sesedap sedapnya. Bayangkan...

bayangkan kaki semacam ini yang 
mengguli tepung roti canai...

2. Yang ini bukan setakat berita angin tetapi disaksikan dengan mata kepala saya sendiri. Cuba perhatikan penebar roti canai yang memakai cincin di sebelah tangan kiri. Selepas keluar dari bilik air (bayangkan sendiri apa yang dia buat di bilik air), adakah dia mencuci tangannya sebersih-bersihnya? Adakah kita pasti tiada apa bahan-bahan terlarang terselit di celah-celah cincinnya itu. Kita dengan muka kelaparan melahap roti canai yang kononnya sedap tanpa memikirkan perasa tambahan dalam roti canai tersebut. Bayangkan...

macam ini lah kot cincinnya...

Saya memohon maaf andai ada yang terganggu dengan entri kali ini. Kepada mamak-mamak, jangan saman saya ya. Saya cuma teringat Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan" dan hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa dalam satu jasad ada seketul darah apabila ia rosak, akan rosaklah jasad itu tetapi apabila ia baik, maka baiklah jasad itu. Seketul darah dimaksudkan itu adalah hati. Maka, peliharalah hati kita dengan memilih makanan baik lagi halal supaya kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amalan.

Selepas ini, nak makan lagi ke roti canai?

Tiada ulasan: