23.5.10

Apa Kata Sister In Islam Tentang Tudung ?


SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.
Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, 

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26


Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita?   Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa.  Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan? Wallahu a’lam.

Untuk pemahaman yang lebih lanjut, bolehlah merujuk kepada Ustaz Zaharuddin. Sila klik di sini.

Tiada ulasan: