16.5.10

Melayu Kritik Melayu ?

 http://encikbaca.files.wordpress.com/2009/07/perangai-zaaba.jpg

Buku karangan Za’ba ini membincangkan secara kritis sikap dan budaya Melayu yang selalu mengharapkan bantuan dari pihak lain untuk maju. Kritikan Za’ba merentasi sikap Melayu dalam bidang ekonomi. Melayu yang selalu mengharapkan insentif berupa subsidi, kuota dikritiknya dengan harapan agar bangsa itu sedar akan kelemahan diri sendiri. Buku ini turut menyentuh hal-hal intelektual hinggalah ke hal ehwal agama.
Za’ba secara jelas menolak sikap umat Islam Melayu yang mengharapkan sedekah tahlil dan doa arwah untuk masuk syurga. Sebaliknya, menurut pengarang, Allah dan Rasul secara jelas menyebutkan bahawa nasib seseorang hamba itu bergantung kepada apa yang diusahakannya, baik hal di dunia mahupun di akhirat.
Bacalah buku ini. Pada ketika hari ini, kurang penulis yang mahu dan berani mengulas nasib dan sikap bangsanya secara kritis.

2 ulasan:

Loyar Lawa berkata...

hahhahhaha...tapi maaf kalau tak seperti yg dhrpkn...sob sob sob

mycaklempong berkata...

terima kasih. dah cukup baik dah.