23.5.10

"Ko siapa? Aku Raja. Raja apa? Raja Kapur"

http://aarchkaiser.ilyfe.net/wp-content/uploads/2008/11/dsc00059_2.jpg


Masih ingat dialog di atas? Tulisan saya kali ini ada kaitan dengan dialog tersebut. Ia berkisar tentang seorang manusia yang banyak mempengaruhi hidup saya. Setiap hasil karyanya bukan setakat untuk dinikmati di kala senggang malahan perlu dihayati dengan lebih serius. Ini kerana kebanyakan karyanya menggambarkan pemikiran masyarakat Melayu pada awal tahun 60-an. Namun, tiada beza masyarakat Melayu zaman tersebut dengan pemikiran masyarakat Melayu mutakhir. Beliau yang dimaksudkan ialah Seniman Negara Tan Seri P. Ramlee.

Pada 29 Mei 1973 Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia secara mengejut semasa berusia 45 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur kira-kira 5.30 pagi. Allahyarham terkenal sebagai penyanyi,pengubah lagu,pencipta lagu,penulis skrip,pelakon,pengarah filem,pelakon drama,pemain muzik dan pelawak.

Beliau dipercayai telah berlakon dalam 200 buah filem dan mengarah 20 buah filem serta mengubah lagu lebih 1,000 buah. 


Menantikan seorang lagi insan sehebatnya muncul adalah penantian yang semakin sia-sia dan begitu memenatkan. Entah bila kita akan diberi peluang untuk berjumpa dengan manusia sakti sehebat P. Ramlee.

Tiada ulasan: