30.5.10

Percutian Yang Paling Menyakitkan Hati

Biasanya dalam setahun adalah sekali dua kami sekeluarga pergi bercuti makan angin. Tidur kat hotel kata anak keduaku si Amir. Bukannya bercuti luar negara. Manalah kami ada duit banyak. Setakat bercuti dalam negeri saja. Dua tiga hari lepas kami berpeluang ke Pulau Pangkor. Percutian ini dirancang oleh isteriku bersama rakan sepejabatnya. Rombongan Cik Kiah kami ni berkonvoi 7 buah kereta. Adalah dalam 40 orang. Sepanjang perjalanan semuanya berjalan lancar sehinggalah kami bertembung dengan satu kemalangan yang berlaku di depan mataku sendiri. sebuah van tiba-tiba terbabas dan melanggar tiang elektrik sehingga patah dua. Kami tidak berhenti. Bukannya tak mahu menolong tapi memikirkan jumlah kami yang ramai, tentu perjalanan kami tergendala. Lagipun kat belakang dah ada insan lain yang berhenti untuk membantu. Lagipun aku cukup tak berani takut melihat mangsa kemalangan.


Setiba di Pulau Pangkor, kami tidak sabar-sabar untuk ke pantai. Kami tu maksudnya akulah ! Selepas puas berendam, kami pun naik untuk berehat. Alangkah hampa apabila bilik kami mengalami masalah elektrik. Lampu dan pendingin hawa tidak berfungsi. Puas menunggu TNB, dalam pukul 7 malam barulah masalah selesai. Seterusnya sesi yang ditunggu-tunggu iaitu BBQ. Nak tahu apa yang berlaku? Inilah yang paling menyakitkan hati kami. Sedang syok mengadap ketam, udang dan segala aneka makanan laut, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. 


Bayangkan satu pulau tu bergelap. Budak-budak apalagi, menjerit kelam kabutlah. Dalam gelap sebegitu apa yang boleh dibuat melainkan duduk berbual-bual sementara menantikan bekalan elektrik disambung balik. Tunggu punya tunggu, tahu pukul berapa ada bekalan elektrik? Pukul 11.50 malam..! Berapa punya lama daa...Masing-masing dah bengang tambah-tambah yang ada anak kecil. Alasan yang diberi oleh pihak TNB...."biasalah encik, bila dah ramai, elektrik tak cukup." Huh, ada ka macam tu..?


Apapun, inilah percutian kami yang paling tak seronok. Paling menyakitkan hati. Semua dah bagus kecuali bab bekalan elektrik. Pulau Pangkor tu bukankah kawasan MB Perak? Kena buat sesuatulah Dato' Seri. Susahlah macam ni...

1 ulasan:

Loyar Lawa berkata...

hahahhahaha paling mencabar la tueh...heeeeee