9.5.10

Sampah di TV Kita ?

Ketika pentas teater bersungguh-sungguh memartabatkan budaya dan bahasa Melayu yang indah dan puitis, drama televisyen lain pula arahnya. Dalam dialog yang mengandungi 25 patah perkataan, 20 patah menggunakan bahasa Inggeris. Alasannya, "itulah gambaran dan hakikat sebenar masyarakat kita".Penerbit, pengarah dan penulis skrip drama televisyen mempercepatkan proses pereputan bahasa Melayu dengan memartabatkan bahasa rojak yang pada kaca mata mereka itulah yang terbaik dilakukan oleh mereka.

Itu belum dikisahkan lagi tentang jalan cerita mahupun plotnya. Aduh...boleh tergeliat otak kalau difikirkan tentang drama-drama Melayu. Bukan semua drama Melayu sempit. Ada juga yang berkualiti terutamanya yang disiarkan di RTM kecuali drama yang saya agak kecewa bila menontonnya iaitu sebuah drama bersiri tentang dunia polis di negara kita. Adakah perlu pelakonnya berbaris dalam satu barisan apabila berdialog? Adakah perlu berjalan apabila berdialog? Dengan tidak menolak ke tepi sms mesej yang cuba dihantar, mutu arahannya boleh diperdebatkan.

Apapun, kita sebagai penonton ada hak untuk memilih yang terbaik. Janganlah disesakkan kepala kita dengan berbagai pemikiran sampah yang diasak oleh pengarah dan penulis skrip sampah.



Tiada ulasan: