20.6.10

Ada Apa Dengan PLKN ?

Kumpulan 3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 7/2010 
Akan Bermula Pada 19 Jun 2010

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kumpulan 3 Siri 7/2010 ini akan bermula pada 19 Jun, dan bakal pelatih kumpulan 3 yang perlu mendaftar ke IPTA boleh mendaftar pada tarikh yang ditetapkan IPTA seperti biasa.

Datuk Abdul Hadi berkata bakal pelatih untuk kumpulan 3 Siri 7/2010 tidak perlu menghadirkan diri dan hanya perlu mengisi borang penangguhan yang akan disertai bersama Notis Panggilan Pelatih yang akan dikeluarkan kepada mereka nanti.
“Ini termasuk juga, pelatih yang perlu mendaftar bagi Program Asasi di UPM dan Program Diploma di UTM, UPSI, UiTM, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UNIMAP, UDM dan UPM pada 3 dan 4 Julai nanti,” katanya.

(Sumber : BERNAMA, Mei 2010)



mycaklempong : Berdasarkan pengalaman saya di kem PLKN sebagai fasilitator, kebanyakan pelatih akan menghadapi masalah pada 2 atau 3 minggu pertama. Biasanya mereka akan berdepan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kem samada dari segi kemudahan ataupun makanan di dalam kem. Namun begitu, keadaan ini akan berubah apabila mereka memasuki bulan kedua. 

Pada waktu ini, aktiviti kian rancak sehingga pelatih tiada masa untuk memikirkan masalah mereka. Keseronokan  akan mulai dirasai. Hubungan antara pelatih dengan pelatih semakin erat sehingga mereka sudah mampu  menubuhkan klik-klik sendiri. Jurulatih sudah mula menampakkan kemesraan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana semua jurulatih ini sememangnya sudah bersedia untuk menerima seribu macam karenah pelatih dari pelbagai latar belakang. 

Pada penghujung program, wajah-wajah kepuasan tergambar pada setiap pelatih. Saat-saat inilah yang paling menyentuh perasaan. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Mereka akan berpisah setelah tiga bulan berkongsi serba segala. Hubungan erat tanpa mengira kaum telah terbentuk dan berkekalan selama-lamanya.

1 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Selamat Hari Bapa buat Cikgu ye.

:)

SEmoga adik2 / anak2 muda yg menyertai PLKN m`jadi insan yg b`ilmu, b`tanggungjwb, b`iman dan b`taqwa hendaknya.

:)