10.6.10

Aku di Dalam Novel

Apakah perasaan anda apabila anda menjadi sebahagian daripada watak dalam sebuah novel? 
Tentunya teruja. Samalah seperti saya. Entah di mana keistimewaannya, saya telah menjadi satu watak dalam novel hasil tulisan Ida Munira. Novel dari Siri Idola terbitan PTS ini, iaitu "S untuk..." adalah sebuah novel remaja yang sungguh mengasyikkan. Penceritaannya begitu lancar mengalir. Saya disamarkan sebagai Ilham Awang iaitu sahabat pena kepada watak utama cerita ini.

Menurut penulisnya, novel ini adalah satu bentuk penulisan yang bertumpu kepada cerita sebenar penulisnya ataupun kisah sebenar sang penulis. Satu waktu dahulu, saya pernah menjadi sahabat pena kepada penulisnya. Mungkin ada sedikit kisah antara kami yang memungkinkan untuk saya muncul sebagai satu watak dalam ceritanya.

Mungkin ada sesuatu yang boleh saya perbetulkan daripada pelukisan watak saya itu. Apapun, ia tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk saya menerima Ilham Awang sebagai diri saya yang sebenarnya. 

Andai ada di kalangan pembaca yang ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku antara kami dan siapa saya 10 tahun yang lalu, bolehlah mendapatkan novel ini di pasaran sekarang.

3 ulasan:

~AkukahMilikmu~ berkata...

dh lma tk baca novel..best ker?

Catwoman berkata...

Salam Cikgu......

Wahhhh, Cikgu ada dlm novel ekk. Best nya...

:)

mycaklempong berkata...

Sara : Kalau ada masa terluang, cubalah baca novel. Penceritaan novel terperinci dan memberi kepuasan.

Zyma : Novel tulisan sahabat pena saya dulu. Watak sampingan saja. Nantikan novel saya dengan cadangan tajuk " Cinta Blog".