30.6.10

Bagaimana Menjaga Batik Sutera?


Seperti mana yang kita sedia maklum, pada setiap hari Khamis, kakitangan awam akan mengenakan batik. Namun, kebanyakan dari kita tidak tahu cara sebetulnya bagaimana untuk menjaga kualiti batik tersebut. Berikut dikongsikan sedikit petua atau tips untuk mengekalkan kualiti batik tersebut.

                                                                  

1. Pakaian batik boleh dicuci dengan menggunakan syampu rambut. Sebelum itu, pastikan anda larutkan dahulu syampu (jangan ada ketul-ketul syampu). Setelah itu barulah kain batik dicelupkan. Saya menggunakan pencuci khas dari Arfa Batik. 









2. Jangan dicuci dengan menggunakan mesin basuh.. Cara mencuci kain batik seperti ini akan membuat warna semula jadi batik tidak akan bertahan lama.  
 
3. Bila anda ingin menambah pewangi dan pelembut kain pada batik lukis, jangan terus sembur secara terus pada kainnya. Sebelum itu, pastikan anda tutup dulu kain dengan kertas surat khabar, baru semburkan cairan pewangi dan pelembut kain.  
 

4. Anda sebaiknya juga tidak menyembur perfume atau minyak wangi secara terus ke kain atau pakaian batik sutera.






5. Jangan menjemur batik tersebut di bawah cahaya matahari secara terus. Ini akan memudarkan warnanya terutama warna hitam dan biru muda.


6. Tidak digalakkan untuk menggosok batik tersebut secara terus. Seelok-eloknya lapisi batik dengan kertas surat khabar. Dengan kepanasan yang tinggi, warnanya mungkin akan sedikit terjejas.





Itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan. Petua ini saya kumpulkan dari perbualan saya dengan beberapa orang pengusaha batik lukis dan sedikit daripada laman-laman web.

2 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya ye....

Terima kasih kerana b`kongsi info b`guna ini.
Sy biasanya hanya rendam pakaian sutera dgn air biasa dan campur dgn sedikit sabun serbuk. Tak berani nak basuh dgn washing machine. So, basuh dgn tangan je la....

:)

mycaklempong berkata...

Salam...

Nanti kalau saya balik Terengganu, saya belikan pencuci khas untuk batik dari Noor Arfa Batik....