23.6.10

Cara Menyimpan Sampin Songket dengan Betul

Teringat saya akan petua atau cara untuk menyimpan songket. Petua ini saya dapat daripada seorang makcik yang mengusahakan pembuatan songket di belakang rumahnya di Terengganu. Begini caranya :

1) Samping songket hendaklah dibentang bersama sehelai kain pelekat.

2) Kain songket bersama kain pelekat perlu digulung secara memanjang hingga ke penghujung.

3) Simpan dengan cermat gulungan samping songket tersebut perlu disimpan cermat di dalam almari dan elakkan daripada  terhempap pakaian lain.

4) Kain pelekat juga boleh digantikan dengan kertas minyak.



Dengan mengamalkan teknik menyimpan yang betul, kain samping songket yang hendak digayakan bersama baju Melayu tidak perlu digosok. Ia juga dapat menjaga kualiti benang emas songket daripada patah. Beberapa perkara juga perlu dielakkan seperti : 

1) Jangan sesekali menggosok samping songket kerana boleh menjejaskan kualiti tenunan benang emas.

2) Jangan sesekali melipat samping songket bagi mengelak benang tenunan patah dan merosakkan motif pada kain.

3) Jangan kerap mencuci samping songket.

Setakat ini, petua yang saya amalkan berjaya mengekalkan kehalusan kualiti songket saya walaupun usia songket mencecah 11 tahun.

2 ulasan:

Umaira Umar berkata...

tq di ats info..

Muhammad Abdullah berkata...

Kalau kain sampin kotor, macam mana nak cuci?