21.6.10

Cristiano Ronaldo Belasah Korea Utara Sampai Pengsan

Inilah kali pertama saya rasa berbaloi menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Di sebalik kelesuan dan aksi-aksi sampah yang ditonjolkan oleh pasukan pilihan, inilah perlawanan yang betul-betul menghiburkan.

Portugal menewaskan Korea Utara 7-0 dalam perlawanan kumpulan G kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Green Point di sini, sebentar tadi.


Gol Portugal dijaringkan Raul Meireles pada minit ke-29, Simao (minit ke-53), Hugo Almeida (minit-56), Tiago (minit ke-60,89), Liedson (minit ke-81) dan Cristiano Ronaldo (minit ke-87).

Sebelum tamat separuh masa pertama di mana Portugal sudah mendahului 1-0, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan padang basah untuk tempoh 45 minit.
 

Tiada ulasan: