26.6.10

Daulat Tuanku !

Orang Melayu perlu sedar mengenai asal-usul mereka dan sentiasa merujuk kepada Perlembagaan negara bagi mengelakkan berlakunya pertikaian terhadap institusi Diraja dan istana, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Pokoknya orang Melayu sudah lupa asal-usul dan dahan bergantungnya. Orang Melayu sendiri harus sedar, penjelmaan sejarah harus kita pegang dengan kukuh,”

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan semasa di mana rakyat kini semakin berani mempertikaikan titah Sultan dan Raja serta konflik dalam sistem beraja itu sendiri.

Beliau berkata, penguatkuasa undang-undang juga perlu mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang cuba mencabul dan mencaci institusi Raja-Raja.

“Yang timbul sekarang adalah bagaimana kita dapat menjamin supaya Perkara 181, 153, 152 dan lain-lain (dalam Perlembagaan) yang berkaitan dengan kuasa Diraja termasuk Perkara 38 dan 43 di mana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem beraja di negara ini.

 

Kalau di Thailand sedikit masa lalu memperlekehkan Raja akan mendapat tentangan padu dari pembela bangsa mereka. Di Malaysia senario ini sudah berbeza. Kalau  kita ‘dijajah’ sekali lagi adakah semua rakyat Malaysia akan mempertahankan nya?

2 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu......

Wahh, semakin mantap blog ni. Cantik, kemas, font yg agak besar dan mudah d`baca. Tahniah !!

**Insya Allah, rakyat M`sia masih lagi ingin p`tahankannya. Semoga negara m`sia makmur, harmoni & aman.

Cikgu,

Ttg P`kiraan Auto yg sy display dlm n3 "86 Days To Go" tu, Cikgu boleh klik pada LILYPIE. Check la dlm Lilypie tu ye.....nak calculate usia anak2 ke, calculate tarikh due baby baru ke dan mcm2 lagi....

:)

mycaklempong berkata...

Terima kasih Zyma.

Perubahan sikit-sikit. Inspirasi dari Zyma jugak...

nanti saya klik LILYPIE. Terima kasih atas perkongsian info.