5.6.10

Golongan Yahudi yang Menentang Zionis ?


Masyarakat Islam di seluruh dunia bangkit meluahkan kemarahan dan kebencian mereka terhadap serangan ke atas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla. Di ibu negara, seusai sembahyang Jumaat ribuan umat Islam mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman Israel.


Namun begitu, terdapat sekelompok Yahudi sendiri yang mengecam kebuasan rejim Zionis ini. International Jewish anti-Zionist Network (IJAN) begitu komited dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestin. Pertubuhan ini pernah membuat bantahan di hadapan kedutaan Israel di bandar San Francisco, Amerika Syarikat. Dalam kes serangan ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla, mereka turut mengecam tindakan buas tersebut. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.


Selain itu, wujud satu lagi organisasi yang sealiran dengan IJAN. Mereka dikenali sebagai Neturei Karta. Mereka menjalinkan hubungan yang erat dengan presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Bekas pemimpin Palestin, Allahyarham Yasser Arafat pernah melantik seorang rabai di kalangan puak ini sebagai penasihatnya berhubung hal ehwal kaum Yahudi. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. 


Kelompok Yahudi ortodoks ini adalah kelompok Yahudi yang tidak mengakui ideologi Zionisme sebagai sebahagian dari agama Yahudi dan menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis.

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik" (al-Maidah : 82)

Entri ini diolah daripada tulisan oleh Muhd Ridhwan Abdul Jalil @ Erwanz 
(majalah Al-Islam Jun 2010). 

1 ulasan:

wani berkata...

laknatullah israel