16.6.10

Hang tau dak... la ni, orang tak pakai tudung lagi baik dari orang yang pakai tudung




Petang semalam sewaktu saya sedang menunggu kawan-kawan di Perpustakaan Negeri di Alor Setar, terdengar perbualan dua orang remaja perempuan belasan tahun tentang pemakaian tudung.

Si A  :  Hang bila nak pakai tudung?

Si B  :  Awat hang tanya lagu tu?
           Hang tau dak... la ni, orang tak pakai tudung lagi
           baik dari orang yang pakai tudung.



Saya hanya mampu menjawab di dalam hati sahaja. Jawapan saya...


"Kalau lapar jangan makan, niat saja sudah memadai kata telah makan. 
Dia jawab mesti kena makan. 
Kita jawab.
Setiap perkara yang ditetapkan ada tujuannya atau maqasidnya. Jadi mesti kena buat, kalau tak buat pasti dosa."


Tanya dia lagi.
"Orang bertudung dengan pakai pakaian yang menjolok mata dan pakai pakaian ketat boleh menyumbang zina atau tidak? 
Kalau dia kata boleh ?
Kita jawab, dengan cara itu tandanya tudung dapat menjaga orang dari berzina. Orang yang bertudung berzina sebab pakai tudung ikut artis, ikut adat dan ikut perkembangan fesyen. Cuba jadikan tudung itu sebagai tuntutan syariat Islam, pasti semuanya akan selamat."
 


Satu lagi...
"Tudung atau menutup aurat ini dapat beza manusia dengan binatang sebab binatang tak payah tutup aurat sebab dia tak ada akal, manusia kena tutup sebab Tuhan muliakan manusia."


Inilah namanya "dakwah bil lisan".

1 ulasan:

Adimuz berkata...

Sekadar pendapat peribadi.