28.6.10

Pembohongan yang Dihalalkan di Malaysia

Sabun cuci jenama Daia dijual di kedai XYZ = RM13.00
Sabun cuci jenama Daia dijual di kedai ABC = RM12.99


Mana satu pilihan hati anda? Mestilah anda gembira membeli di kedai ABC kan. Pertama kerana harganya murah satu sen (10 kali beli dah jimat 10sen) Kedua, setiap hari Kedai ini mengindoktrinasikan pengguna dengan slogan Harga murah setiap hari, Sayur kacang buncis, 99 sen sahaja.

Tapi, kita semua tahu, negara kita mengamalkan sistem bundar. Jika harga barang 54 sen maka automatik ia digenapkan kepada 50 sen. Barang berharga 56 sen akan digenapkan kepada 60 sen. Bagaimana pula dengan 99 sen? Semestinya harga sebenar ialah RM1.00.

Bayangkan surirumah yang berkunjung ke kedai ABC kerana penangan RM12.99 (Nombor 12 yang kelihatan lebih murah dari 13) walhal bila membayar di kaunter, harganya tetap RM13.00.

Adakah ini satu jenis pernyataan harga yang jujur? Memanipulasi harga dengan penggunaan nilai 99 sen? Mengapa tidak nyatakan terus harga barang itu mengikut harga sebenar? Apabila sesuatu kenyataan itu tidak benar seperti dinyatakan bukankah ia satu pembohongan dan penipuan? Kalau iya, mengapa dibiarkan?

1 ulasan:

wani berkata...

cikgu , pi kedai ni ka?
ada abc dak? hehehehe
cikgu, sksat macam mana?