31.7.10

Ada Apa Dengan Jins Shamsuddin?

Pengalaman bertemu seorang yang amat saya kagumi amat meninggalkan kesan pada saya. Walaupun cuma melihat beliau dari kejauhan namun terselit kekaguman apabila melihat susuk tubuhnya. Beliau masih kemas dan mempunyai perawakan lelaki sejati. Beliau yang saya maksudkan ialah Tan Seri Jins Shamsuddin. Beliau saya temui dalam program Sambutan Hari Pahlawan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Negara 2010 di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia.


Beliau yang dilahirkan 5 November 1935 merupakan seorang lagenda hidup. Beliau adalah pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia . Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '60-an dan '70-an. 

Dilahirkan sebagai Mohamed Zain Shamsuddin di Taiping, Perak, nama  Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai lagenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.
Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem. Antaranya ialah :
  • mendukung watak utama dalam pementasan drama "Mencari Kedamaian";
  • menjadi watak utama filem arahan P.Ramlee "Pancha Delima" (1957);
  • memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond.
Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee . P.Ramlee amat sukar untuk menerima tawaran berlakon daripada pengarah-pengarah yang lain tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins Shamsuddin untuk berlakon di dalam filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung.'

Semasa dalam filem sebagai Jefri Zain.
Gambar sekarang

 

 


Tiada ulasan: