14.7.10

Akulah Lelaki Miang

Orang tua gatal? Berbulu mata kita kalau terjumpa dengan manusia spesies ini. Dengan lenggok tubuh yang agak menjelikkan, semua mata akan pasti terbeliak. Bahasa tubuh manusia kadang-kadang boleh disalahertikan. Niatnya mungkin mahu menunjukkan kemesraan namun ada kalanya manusia tidak berupaya menterjemah setiap isyarat yang dihantar oleh orang lain. Beginilah yang berlaku di dalam kumpulan kursus yang sedang saya ikuti ini. Lelaki selalu disalaherti sebagai gatal ataupun miang. Niat di hati hanyalah untuk berkenal-kenalan memanjangkan silaturrahim memandangkan kami di bidang yang sama namun itu semua dianggap sebagai gatal. Oh, dunia...janganlah terus memandang semua lelaki sebagai miang. Kami hanyalah penyambung warisan Nabi Adam.

1 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu......

Hihihihihi......

Manusia ni ada mcm2 jenis !!!
Sukar utk kita buat terjemahan,kan Cikgu....

:)