25.7.10

Cakap Banyak Ya...

Bayangkan situasi ini.


Anda bersama rakan sedang bersantai di warung  dan rancak berbual mengenai topik yang anda berdua suka. Tiba-tiba dia menukar topik yang anda tidak suka atau tidak faham.Apa perasan anda? Seboleh mungkin pasti anda cuba untuk memahami dan memberi perhatian demi menjaga hati rakan tersebut.
Anda cuba mengalih perhatian tetapi masih gagal. Pelbagai hint cuba ditunjukkan tetapi rakan anda masih mengeluarkan buah bicaranya hingga menyembur air liur!

Apa yang harus anda lakukan jika berada di dalam situasi ini.

Pertama...

Terus terang dengan rakan anda yang anda tidak suka mendengar atau membicarakan topik yang membosankan tersebut.

Kedua...

Anda hentam saja memberi respon terhadap topik tersebut sekalipun  merapu kerana anda tidak faham langsung.

Ketiga...

Anda buat-buat seperti membuat panggilan telefon.

Keempat...

Anda ambil kerusi dan hempuk saja kepala kawan anda tu....!

Buatlah pilihan sendiri. Saya pernah terjerumus dalam situasi sebegini.

1 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu....

Hihihihihi......mcm2 ado.

Geram kan bila org cakap byk benda2 yg tak relevan.

:)