8.7.10

Catatan di Teluk Intan (1)

Sudah hampir seminggu saya di Teluk Intan. Lagi tiga minggu untuk saya menghabiskan kursus ini. Aduh, betapa sunyinya di sini. Tempat penginapan kami di Sungai Buloh ini agak ke dalam sikit. Liputan telefon kadang-kadang terganggu. Internet jangan diharap. Nak keluar makan paling dekat pun di pekan Hutan Melintang. Apa yang ada di sana? Entah. Mujurlah pekan Teluk Intan ni meriah jugak... kalau dak, tak tahulah nak buat apa. Pengisian kursus menyeronokkan. Kena bagi seronoklah walaupun tak seronok. Malam kedua, kami berpeluang ke Taman Budaya Ipoh untuk menyaksikan pementasan teater eksperimental oleh kumpulan Badan Budaya Perak. Entah di mana eksperimennya saya pun tak tahu. Benda-benda macam tu saya dah biasa buat lama dah. Namun, peluang ini sesuailah dengan kursus kami iaitu "Kursus Aplikasi Teater Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Semua kumpulan lain tercengang-cengang mendengar kami terjerit-jerit semasa buat latihan vokal. Pensyarah agak bersahaja dan tidak memberi tekanan maklumlah semuanya guru senior.

Apapun lagi 3 minggu untuk dihabiskan. Tak tahulah bagaimana isteri kesayangan di rumah mengendalikan serangan 3 Ultraman yang selalu membuat serangan mengejut. Terima kasihlah kepada isteri tersayang.

Tiada ulasan: