18.7.10

Sebuah Lagu, Sebotol Minyak Wangi dan Kenangan Silam



Kita selalu punya cara tersendiri untuk mengimbau atau mengingati sesuatu peristiwa di dalam rentetan hidup seharian.Baik perkara tersebut suatu peristiwa yang manis, pahit waima sangat bermakna dalam kehidupan kita.

Cara mengingati sesuatu itu kadangkala memang kita sendiri yang menetapkannya dan bagi sesetengah orang pula ia hadir tanpa disedari.

Yang pasti sedaya upaya kita akan cuba mencipta atau menyedari akan sesuatu itu yang signifikan dengan peristiwa di dalam hidup seharian.

Barangkali ada yang mengingatkan sesuatu tempat sebagai cara mengingati kisah silam dan mungkin juga ada yang menjadikan hari-hari tertentu yang istimewa sebagai cara menyingkap sejarah lalu dalam hidup.



Saya  tidak pernah menetapkan sesuatu sebagai cara mengingat tetapi menyedarkan diri dengan sesuatu peristiwa  itu seiring dengan perkara yang sering dilalui dalam kehidupan seharian.

Saya akan teringat sesuatu perkara silam apabila mendengar sesetengah lagu yang diputarkan. Sebuah lagu sering mengingatkan saya pada kenangan sewaktu bercinta dengan isteri adalah lagu Kenny Roger bertajuk "Lady".




Satu lagi cara untuk mengingati sesuatu peristiwa tanpa saya sedari ialah apabila mencium atau tercium bau-bauan perfume.Memang agak kelakar apabila tercium perfume orang lain,saya akan mengingati sesuatu peristiwa.Apatah lagi jika perfume yang sering bersilih ganti dipakai oleh isteri.Paling saya tidak lupakan ialah perfume dari jenama Body Shop iatu White Musk yang sering dipakainya sepanjang musim percintaan kami dahulu.

Ironinya dua perkara tersebut memang mempunyai signifikan kepada memori yang terpahat di dalam kehidupan saya seharian.


Belum lagi dicampur dengan bau ubat yang mengingatkan peristiwa saya menjaga arwah bapa  terlantar di wad Hospital Kemaman dan bau kapur barus yang seing mengingatkan kepada kematian!

1 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Kenangan dtg m`gamit ekkkk......

:)