25.8.10

Ada Apa Dengan Baju Melayu Teluk Belanga?




Sambutan hari raya pasti tidak lengkap tanpa baju raya baru. Bagi wanita sudah tentu baju kurung mahupun baju kebaya paling sesuai untuk digayakan terutamanya di pagi raya. Kaum bapa pula, tidak ketinggalan untuk bergaya dengan baju Melayunya. Di negeri Pantai Timur, ia biasanya dipanggil baju gombang. Di negeri-negeri utara pula berbeza nama panggilannya. Ia dikenali sebagai baju kurung. Terdapat dua jenis potongan baju Melayu yang dibezakan melalui potongan atau jenis lehernya. Terdapat dua jenis potongan lehernya iaitu Teluk Belanga dan Cekak Musang.


Gambar dari http://ftmk.upsi.edu.my


Bagi orang Johor, pastinya Baju Kurung Teluk Belanga menjadi pilihan. Orang Johor akan mengenakan baju ini  ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri. Sultan Johor puntidak terkecuali turut sama memakai Baju Kurung Teluk Belanga ketika di majlis rasmi negeri dan majlis keagamaan. Baju Kurung Teluk Belanga  ini juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung atau Baju Kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. 

Istiadat Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor Ke-5


Mengikut sejarah, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Disebabkan  itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan merupakan pakaian rasmi orang Melayu Johor.


Kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti dari Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian Kerajaan Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai samping dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu Johor.

3 ulasan:

qaseh mas berkata...

assalamualaikum Cikgupaq
memang baju Melayu Johor ni mempunyai tarikan tersendiri.Terima kasih sudi meninggalkan jejak di teratak peribadi saya.

qaseh mas berkata...

salam ramadhan untuk cikgu sekeluarga

Adimuz berkata...

Qaseh Mas ; terima kasih atas kunjungan.