21.8.10

Ada Apa Dengan Kaabah? (1)

Binaan Kaabah (الكعبة), merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Dalam penulisan saya kali ini, ada sesuatu yang menarik yang perlu dikongsi bersama iaitu, mengapa Kaabah menjadi kiblat. Kaabah sebenarnya bukan sekadar arah kiblat ketika umat Islam bersembahyang tetapi lebih daripada itu.


Samada kita perasan atau tidak, semua piring parabola Astro di atas bumbung rumah kita, menghala ke arah kiblat. Mengapa?

Jawapannya, Mekah adalah pusat bumi. Neil Amstrong telah membuktikan bahawa Mekah adalah pusat bumi. Ketika dalam perjalanan ke bulan, beliau telah berjaya mengesan satu radiasi dalam gelombang pendek yang dipancarkan dari bumi. Setelah dikaji, rupa-rupanya radiasi tersebut berasal dari Mekah atau lebih tepat lagi dari Kaabah. Radiasi ini mempunyai sifat yang istimewa iaitu ia infiniti tiada penghujung. Inilah yang mungkin menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di akhirat.


Kalau ada kesempatan ke Mekah, cuba praktikkan satu ujikaji ini. Bawa kompas ke Kaabah dan anda akan dapati jarum kompas tidak akan bergerak. Ini kerana Kaabah adalah zon magnet sifar. Ini boleh memberi kesan baik kepada tubuh badan kita.

Allah telah menyatakan perihal Kaabah di dalam surah Al-Maa'idah ayat 97 yang bermaksud,

" Allah menjadikan Ka`bah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan soal-soal hidup), demikian juga bulan- bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


mycaklempong : *Penulisan ini diolah daripada rencana tulisan Norimanah Seman dari majalah Al-Islam keluaran September 2010. Selepas ini akan dikupas tentang isi Kaabah.

Tiada ulasan: