9.8.10

Bazar Ramadhan atau Bazir Ramadhan?

Ramadhan akan menjenguk lagi. Alhamdulillah, sekali lagi kita berkesempatan untuk menuai seberapa banyak pahala yang ditawarkan olehNya sepanjang Ramadhan ini. Biasanya orang kita akan mula sibuk bila menjelang bulan puasa. Banyak perkara yang akan disibukkan. Baju raya, kuih raya dan serba pelbagai benda lagi yang kadang-kadang melebihi dari ibadat puasa. Perkara paling dominan yang akan muncul sepanjang Ramadhan nanti tidak lain tidak bukan ialah Bazar Ramadhan. Akan tumbuhlah di merata ceruk pekan dan desa bazar-bazar yang menawarkan seribu macam kesedapan. Persoalannya, adakah bazar ini bertepatan dengan semangat Ramadhan. Apa yang dapat saya perhatikan, bazar ini lebih kepada pesta nafsu. Tak kiralah nafsu makan ataupun nafsu lain. Pembaziran sudah tentu akan berlaku. Inilah yang dinamakan Bazir Ramadhan bukannya Bazar Ramadhan.

Hai bang...jual makanan ke jual minyak?




http://abunuha.files.wordpress.com/2008/09/p9280066.jpg
 Habis ke jual ni ..?         

2 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Cepat sungguh masa b`lalu. Pejam celik, pejam celik.....bulan Ramadhan bakal muncul lagi.

Yg pasti Bazaar Ramadhan tumbuh bagai cendawan di m`rata tempat & setiap ceruk. Pasti byk p`baziran yg bakal b`laku...t`utamanya makanan.

Ada yg sanggup keluarkan wang taruhan b`ribu2 Ringgit utk dapatkan tapak b`niaga semasa bulan Ramadhan. Skrg ni harga sewa satu tapak niaga Bazaar Ramadhan m`cecah antara RM4K -> RM9K.

Harga sewa tapak niaga bulan Ramadhan(dlm shopping complex) pulak m`cecah antara RM9K -> RM15K (1 bulan).

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Cikgu.

:)

Tanpa Nama berkata...

Zyma...selamat berpuasa.

Itu pasal ada yang sanggup jual kat org lain.