20.8.10

Cikgu, Nak Duit Raya...


Muka mulus menunggu duit raya dari Cikgu Muzaffar.

"Cikgu, kalau saya puasa penuh...cikgu nak bagi duit raya berapa ringgit?"

Soalan tu tak boleh dijawab terus sebab budak-budak ni memang menuntut janji. Kalau tak mampu jangan berjanji.

33 orang murid didarab dengan RM 5 . Berapa? RM 165.00. 
Hah? Itu baru satu kelas. Lagi dua kelas menanti. 
Pecah duit tabunglah cikgu Muzaffar lepas ni.

RM 5 tu banyak sangatkan. RM1 cukuplah. 

33 + 38 + 35 = 106.

RM 106 tu bolehlah. Rezeki budak-budak.



1 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu....

Bukan selalu kene hulur duit raya.....setahun sekali je. Hihihihihi

:)