11.8.10

Fadilat Solat Terawih Palsu - Sebuah Penjelasan.

http://3.bp.blogspot.com/_HNuTjI4_j5c/SpTSGPeAMzI/AAAAAAAAAr4/fnUwlS8XQog/s400/solat+terawih.jpg


Makna Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Solat Terawih tidak dapat dipisahkan dengan bulan puasa. Namun di sebalik solat sunat ini, terdapat juga hadis palsu yang berbunyi:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Untuk pengetahuan bersama, hadis ini telah dimansuhkan oleh pihak JAKIM Terengganu.  Soalan ini pernah diajukan kepada tokoh-tokoh agama tanahair. Setelah disiasat dengan teliti, hadis ini tidak ada di dalam Sunan Sittah dan kitab hadis lain.   

Walaupun di dalam bulan puasa ini kita sibuk mengejar amalan, tetapi kita harus beringat, setiap ibadah yang kita lakukan ini, haruslah dibuat dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

“Sesiapa yang berdusta ke atasku (menggunakan namaku) dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Sila klik di pautan di bawah.

1 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Masalah jugak kan jika b`laku k`jadian s`umpama ini.

Semoga ALLAH beri p`tunjuk kpd semua kita.

:)