1.9.10

Jom, Beli Baju Raya

Bukan main seronok lagi tengok telatah anak-anak saya mencuba baju raya yang baru dibeli. Si adik tak lepas dengan baju melayunya. Abang sulungnya duk mengomel pasal tak puas hati dengan warna bajunya. Yang kedua asyik menilik kasut barunya. Melihat mereka teringat kenangan zaman saya kanak-kanak dulu. Zaman membeli pakaian raya di pasar malam. Teringat arwah ayah menggunakan tali rafia untuk mengambil ukuran kasut. Tali itu akan  dibawanya ke pasar malam untuk mencari saiz yang sesuai dengan kaki anak-anaknya. Bila dia membawa kasut pulang, kami adik-beradik kena terima apa saja bentuk dan warnanya walaupun kadang-kadang tak berapa berkenan. 

Beginilah lebih kurang keadaan rumah saya dulu-dulu pada awal 80-an

Baju raya pula warna dan coraknya seragam adik beradik. Kadang-kadang rasa semacam saja bila keluar berjalan bersama. Dulu saya pernah pakai baju koboi sebagai baju raya. Siap dengan topi koboi. Ada yang pakai baju tentera, baju superman siap dengan sayap nak terbang. 

Macam ni la rupa baju raya zaman dulu-dulu kot.


Itu cerita dulu. Sekarang ini, anak-anak lain caranya. Nak beli kena ikut selera mereka. Kalau tidak, memang tak mahu pakai baju yang orang tuanya pilih. Susah jugak. Kita berkenan dia tak berkenan. Kalau dipaksa juga, alamat muncunglah mulutnya. Tapi itulah peredaran zaman namanya. Kena ikut kehendak mereka asalkan pilihannya senonoh dan sedap mata memandang.

Lokasi yang dituju untuk mencari baju raya anak-anak

Beginilah keadaan pasar malam yang menjadi idaman saya dulu

3 ulasan:

NoorGie berkata...

(^_^)....penat mencari baju anak2 ni...bila mereka dah semakin besar, ada citarasa tersendiri...kadang2 puas pusing shopping mall pun, tak jumpa yang berkenan dihati

MUZAFFAR berkata...

Itu pasai laa....kadang-kadang sakit hati dibuatnya mengikut ragam mereka. Depa tak sama macam kita dulu2.....

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

baru2 ni pun husband sy bawa anak2 pegi beli pakaian utk raya di Alor Star Mall. Lebih murah b`banding di Pekan Rabu. Sungguh.....
B`baloi-baloi.....

:)