31.8.10

Makna Merdeka


Aku dah merdeka ke belum ni?

Marilah menuju kemerdekaan

Mana merdeka ni? Tak jumpa pun.


Merdeka bagi pesawah ialah  hasil tuaiannya boleh menyara keluarga sehingga ke musim depan. 

Merdeka bagi nelayan ialah sampannya tidak pulang kosong. 

Merdeka bagi orang makan gaji ialah kenaikan gajinya tidak terbantut dan bonusnya lumayan. 

Merdeka bagi peniaga ialah kenaikan harga barangan merupakan peluang keemasan mendapat keuntungan atas angin.

Merdeka bagi penyamun dan perompak ialah keselamatan diri agar tidak tertangkap. 

Merdeka bagi penzina agar tidak diserbu pencegah maksiat. 

Merdeka bagi mat rempit ialah bebas menunggang motorsikal tanpa sekatan oleh polis.

Merdeka bagi orang tua pula ialah tidak dibuang ke rumah orang-orang tua pada penghujung usia. 

Merdeka bagi kerajaan ialah dapat terus berkuasa.

Merdeka bagi pembangkang ialah bebas menghentam kerajaan tanpa apa-apa sekatan.

Merdeka anda?

Tiada ulasan: