23.8.10

Restoran Bendang D'Kelubi

Kali ini saya ingin kongsikan sebuah restoran yang saya berpuas hati dengan servisnya. Suasananya amat sesuai untuk membawa seisi keluarga menjamu selera terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Kawasannya amat lapang untuk membolehkan "Ultraman" dan "Superman" kita beraksi. Dekorasi ala kampung sesuai benar dengan jiwa kita yang selalu teringatkan suasana kampung. Harganya amat berpatutan bersesuaian dengan hidangan yang disajikan. Hari ini, atas permintaan anak sulung saya, kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa di restoran ini. Dengan bayaran tidak sampai RM 60.00, kami disajikan dengan ikan siakap bakar sambal, tomyam, sayur campur, sotong celup tepung, ayam masak kicap dan air bandung. Memang berbaloi untuk membuat tempahan awal. Kami tiba di sana lebih kurang jam 7.15 petang dan mendapati meja kami telah tersedia hidangan untuk dihabiskan. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Restoran Bendang D'Kelubi yang terletak di Malau, Jitra. Insyaallah, kita tidak akan kecewa. Suka diingatkan bahawa tulisan ini bukanlah ditaja oleh pihak restoran tersebut. Ia ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri.

gambar dari http://nuranyslavender.blogspot.com


gambar dari http://nuranyslavender.blogspot.com

gambar dari http://ibnusamanaljalawi.blogspot

5 ulasan:

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Sy dah pernah try makan di Restoran Bendang D`Kelubi nihhh......masakan di situ mmg sedap.
Harga jugak OK......reasonable !!!

:)

mamawana berkata...

Salam sahur salam visit...

Bestnyer. Kalu ada masa dan rezeki memang teringin nak mai Restoran Kelubi nih.

mamawana berkata...

:-) :-)

NoorGie berkata...

eish rm60 mmg berbaloi2 la kalau makan stu keluarga...sayangnya restoran ni berada nun jauh ke utara...
tapi mana tahu suatu hari saya mungkin sampai ke sana (^_^)

Tanpa Nama berkata...

Saya memang selalu jugak gi makan kat situ......mmg best dan harganya berpatutan...especially ikan masak kukus bendang d'kelubi.....