10.8.10

Puasa Zaman Dulu-Dulu


Teringat nostalgia puasa zaman dulu-dulu . Pada tahun 80-an dulu, kehidupan saya sekeluarga bukanlah mewah sangat. Kehidupan sebagai orang kampung pada bulan puasa amat menyeronokkan kalau diimbas semula. 

Ingat lagi alunan muzik yang akan dikumandangkan menjelangnya maghrib, alunan gambus yang mendayu-dayu begitu menenangkan perasaan. Hari ini, muzik itu sudah tiada.

Dahulu, menunggu waktu berbuka amat terasa lama. Bila hampir waktu berbuka, saya ditugaskan untuk pergi membeli beli air batu di kedai Kadir. Waktu itu air batu datang dalam bentuk panjang-panjang. Pekedai cina yang membekalkannya. Air batu itu akan disimpan di dalam habuk kayu, agar ia tidak cair dengan segera. Yang lawaknya, masa bawa balik ais batu itu, jika lambat-lambat sampai rumah dah tinggal separuh…kecik je.

http://2.bp.blogspot.com/_cICwS3KrMIY/TCSZu4500xI/AAAAAAAABdo/5rZdEQ_GPWo/s1600/IMG_9465.jpg
Yang ini ais zaman sekarang.

Tapi sekarang, setiap buah rumah dah ada peti ais.  Air batu pun dah berubah dari empat segi tepat ke bentuk kiub.

3 ulasan:

kuina berkata...

salam... selamat menjalani ibadah berpuasa..

Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Selamat b`puasa. Semoga p`olehi k`berkatan dari Illahi hendaknya.

:)

mycaklempong berkata...

ku ina ....selamat berpuasa.