23.9.10

Bila Cina Cakap Dialek Terengganu

 Bahasa yang digunakan sesuatu bangsa menggambarkan jiwa bangsa itu. Di Terengganu apa yang unik ialah slanga Bahasa Melayu Terengganu ini digunapakai oleh semua kaum di sini. Mungkin orang dari luar negeri Terengganu akan terpegun apabila mendengar golongan kaum Tionghua dan India begitu fasih berbahasa dialek Terengganu. Bunyinya tidak kekok malah sama seperti orang Melayu Terengganu. Jikalau singgah ke kedai runcit, kedai makan mahupun ke pasar semuanya menggunakan dialek Terengganu. Perkataan mung, aku, awang, nok beli, kite jua, adalah antara yang kita akan kerap dengar jika singgah di pasar. Semuanya diguna pakai oleh semua kaum. Terengganu...bereh sokmo!

Datuk Ahmad Said - MB Terengganu yang kekal bercakap dialek Terengganu walau di mana beliau berada.

1 ulasan:

res berkata...

haha..i like