28.9.10

Keberanian Mat Rempit

Aduh, bosan, menyampah, meluat, benci, melugai dan apa saja yang satu makna dengannya. Bukan saya benci pada mana-mana individu. Kebencian tak terbendung ini ditujukan khas untuk sekelompok manusia jadian iaitu mat rempit. Mereka bagai tidak ada ketakutan dalam diri. Sayangnya keberanian itu disalahgunakan di tempat yang tidak sepatutnya. Aksi-aksi mereka begitu mendebarkan perasaan kita tetapi mereka beraksi selamba bagai profesional. Kita yang melihat bagai mahu terputus urat saraf sedangkan mereka selamba menyelit di celah-celah deretan kereta. Mungkin ada pihak yang mahu membuat kajian tentang keberanian mereka. Mungkin hasil kajian ini boleh digunapakai untuk kepentingan negara khususnya dalam bidang ketenteraan. Mungkin kita boleh menggunakan keberanian mereka sebagai benteng pertama negara apabila suatu hari nanti ditakdirkan negara kita terjebak di dalam kancah perang. Siapa tahu, mungkin merekalah yang menjadi penyelamat kita semua. Mungkin serba segala kemungkinan ini akan menjadi kenyataan. Mungkin...

Tapi kalau dah meluat sangat, mungkin kita boleh pasang papan tanda sebegini di kejiranan kita.






1 ulasan:

winter gurl berkata...

Mat Buli bukan Mat Rempit