29.9.10

Menghambat Tenaga Muda di Pentas Teater

Dalam masa sebulan ini saya sedang sibuk mengusahakan latihan bagi pementasan teater bersama kumpulan Anak Teater POLIMAs (atMAS). Malam-malam saya dipenuhi dengan sesi latihan yang begitu memenatkan. Bergaul dengan anak-anak muda ini menuntut saya memberi tenaga yang berpadanan dengan kelincahan dan keaktifan fizikal mereka. Namun bukan semuanya mudah. Latihan demi latihan namun mereka masih belum berupaya untuk menterjemahkan setiap kehendak saya selaku pembimbing mereka. Masih banyak aspek-aspek yang masih belum mereka kuasai. Saya bersama sahabat, Joe K.A.S bertungkus lumus memberi dan menerima setiap tutur dan gerak anak-anak muda ini. Terasakan begitu terseksa namun apa kan daya. Tiada apa yang mudah sebenarnya. Segala pengalaman dan ilmu terpaksa dikerah sehingga ke tahap maksima. Pengalaman bersama kumpulan Anak Teater Melewar di Seremban sebelum ini tidak menyamai keadaan sekarang. Berbanding di Seremban dahulu, di sini, bersama anak-anak muda ini, seminit adalah suatu waktu yang amat lama bagi mereka untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberi. Saya harus bersabar dan mengaplikasikan setiap disiplin dalam teater itu sendiri. Pementasan kami dijangka pada 13 Oktober 2010 bertempat di Taman Budaya Pumpong, Alor Setar namun saya amat bimbang kerana anak-anak muda ini masih gagal mengunyah dan menghadam setiap ajaran dan doktrin yang kami berdua cuba tanamkan dalam diri mereka. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Sebahagian anak-anak atMAS.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amiable post and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.