26.10.10

Ada Apa Dengan Kereta ?

Kereta buruk...?
 
 
Tidak dinafikan lelaki begitu mengemari kereta. Setengah lelaki berfikiran kereta adalah simbol kejantanan. Mereka mengambil berat tentang jenama sesebuah kereta yang mahu dimiliki. Bagi mereka kereta itu lambang imej dan reputasi. 
 
Namun begitu sebilangan lelaki tidak begitu mengambil berat tentang kereta. Mereka tidak mengambil pusing tentang jenama dan kuasa kereta yang dimiliki. Asalkan boleh membawa mereka ke destinasi yang dituju, sudah memadai dan mencukupi. 
 
Saya mungkin terdiri daripada golongan yang menganggap kereta itu bukan simbol reputasi sebaliknya adalah besi yang akan menjadi buruk. Tidak terlalu mementingkan konsep imej dan reputasi dalam pemilikan sesebuah kereta. Sebaliknya keperluan semasa yang diutamakan dan keupayaan diri untuk mengurusnya.

Pada saya kereta yang dimiliki harus dimanfaatkan dan bukan sebagai beban. Tiada guna memiliki kereta besar dan mahal tapi kekurangan pahala kegunaan. Sebab itulah kita selalu hanya mampu bergaya tetapi hakikatnya papa. Memadailah memiliki sesuatu yang secukup rasa.
 
Kereta buruk...!
 

Tiada ulasan: