25.10.10

Apa Masalahnya Dengan Posting Facebook AKu?


Rasanya sekarang ini semua orang ada akaun Facebook. Sampaikan nenek di Kodiang pun ada akaun Facebook. Sedikit pertanyaan dari saya.
"Kenapa anda buat akaun Facebook ?"

Ingin berhubung dengan  kawan lama. 

Betul ke? Kawan punyalah ramai  tapi yang asyik komen  status adalah kawan yang jumpa hari-hari. Semakin anda dedahkan diri anda dalam Facebook semakin bahaya anda. Status Facebook anda adalah diari anda. Semua tercatat di profile anda. Di mana anda bersekolah, bekerja, minat apa dan kadang-kadang nombor  telefon diletakkan sekali . Ada yang sampai tahap memasukkan alamat rumah selengkapnya.

Satu contoh status membunuh diri :

"bosan, sunyi, takde sape² kat rumah. mak ngan ayah g haji tinggal aku ngan abang aku je. abang pulak tak habis² lepak rumah member dia. tinggal aku sorang kat umah ni... kesorangan lagi aku malam ini. huhuhu :((

Esoknya muka depan akhbar :
Ibu Bapa Tiada di Rumah, Gadis Sunti dirogol dan dibunuh


Berpada-padalah dalam menulis posting di wall masing-masing. Jangan semua nak diceritakan. Ibu kucing beranak pun nak cerita kat orang jugak. Itu belum lagi posting yang kadang-kadang buat orang nak muntah mendengarnya. Contoh :

“ Oh sayang, datanglah kepadaku. Aku amat mendambakan cintamu”

Ataupun

“Tadi ayang datang. Makan suap-suap. Romantiknyeeee……”

Tolonglah…..jangan bagi orang meluat tahap Ultraman Taro kat kita...

Tiada ulasan: