15.10.10

Cinta dari Sudut Sains



Anda sedang bercinta?
Anda sedang mencari cinta?
Apa yang berlaku dari sudut sains bila kita jatuh cinta? 

Ada empat hormon akan dirembeskan apabila kita jatuh cinta iaitu :

Pheromones
Hormon yang sama dikeluarkan oleh ratu lebah saat ia mencari pasangan dari kelompoknya sendiri. Jika kita menyukai seseorang, tubuh badan kita akan mengeluarkan sejenis wangian yang khusus. Cinta akan berbalas jika pasangan atau orang yang disukai menyenangi bauan tersebt.

Vasopressin
Hormon yang mempengaruhi tingkah laku seksual seseorang, dan tingkat kesetiaannya. Semakin tinggi kadar vasopressin, maka orang tersebut akan semakin setia pada pasangannya.
 
 Oxytocin
Seseorang akan bertambah cantik jika sedang jatuh cinta kesan daripada hormon ini. Jadi jika ingin terlihat lebih cantik atau bersinar, jangan ragu untuk jatuh cinta.

Neuropinephrine
Hormon ini akan menaikkan semangat, memicu aliran darah untuk mengalir lebih cepat sehingga tubuh merasa bertenaga dan gembira. Disebabkan hormon inilah, seseorang yang sedang bercinta akan berasa lebih riang dan ceria.

sumber :http://lovetya.wordpress.com/2008/05/page/2/

Tiada ulasan: