15.10.10

Kreatif itu Apa?

Semua orang hendak untuk berfikiran kreatif. Kreativiti membuatkan kita lebih mencapai keriangan hidup, lebih menarik dan lebih penuh dengan kecemerlangan, tetapi terlalu ramai orang mempercayai bahawa daya cipta atau kreatif adalah sesuatu yang telah ditakdirkan atau telah dilahirkan bersama anda dan tidak boleh dibentuk. Beberapa cara di bawah mungkin boleh menjadi panduan untuk kita menyuburkan idea kreatif kita.


1.Sengaja menghasikan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya idea yang dikemukakan menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang. Ada kalanya idea itu seolah-olah 'gila-gila' dan mencabar fikiran logik kita.

2. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu. Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan semakin baik.

3. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya, Ia gemar menggunakan logik songsang. 

4.Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

Kebanyakkan orang menolak sebarang idea-idea baru kerana mereka takutkan risiko perubahan . Walaubagaimanapun terdapat cara untuk mengelakkan daripada terjadi perkara-perkara ini. Sebagai contoh jikakita terfikir satu idea yang bernas dan baru, elakkan daripada dari terfikir , “Memang baik dan betul cadangan aku ini , tetapi ……..” Ini adalah satu kenyataan pembunuh idea yang klasik. Biarkan idea-idea bercambah dahulu dan jangan sesekali mengeluarkan perkataan sebegitu lagi.
Mungkin cara yang saya utarakan ini hanyalah sebahagian sahaja dari pelbagai cara melatih kita menjadi kreatif. Apapun, sesuatu perlu dimulakan dengan tindakan bukannya setakat merancang.

1 ulasan:

Abdul Qaiyum berkata...

Thanx cikgu...ape pun macam ucapan last cikgu untuk kelas ko-k batch saya..saya ingat..

Yang penting CUBA...