31.10.10

Mari Baca Suratkhabar



Hari-hari saya membaca suratkhabar. Suratkhabar yang menjadi pilihan saya adalah Berita Harian dan Kosmo. Sehari tanpa suratkhabar seolah-olah ada benda yang tak lengkap. Saya pernah mencuba membaca suratkhabar online suatu masa dahulu tapi seolah-olah tidak mendapat kepuasan selagi tidak memegang suratkhabar itu dengan tangan sendiri. Jika hari Ahad, saya akan membaca Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Kosmo dan New Straits Times.

Namun membaca suratkhabar apabila memulakan hari di waktu pagi ada juga kontranya.Berita kemalangan, kes bunuh, rogol, budak perempuan lari dari rumah semuanya adalah berita negatif dan membuatkan pagi yang indah menjadi suram dengan cerita-cerita sedemikian rupa tetapi banyak lagi artikel yang boleh yang dibaca selain daripada berita-berita negatif tersebut. 

Biasanya akhbar kompak Kosmo menjadi pilihan saya untuk membaca artikel-artikel yang penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan. Harian Metro pula adalah tabloid yang suka mencetuskan sensasi yang keterlaluan. Halamannya dipenuhi dengan iklan yang kadang-kadang agak memualkan. Apapun pilihan kita, pastikan setiap hari-hari yang kita lalui diisi dengan maklumat dan ilmu. Jangan jadi katak di dalam balang kaca...

Tiada ulasan: