27.10.10

Meramal Masa Depan bersama Alvin Toffler



Kenal Alvin Toffler? Dalam bukunya, "Future Shock", beliau telah meramalkan bahawa sains dan teknologi berkembang sangat pesat. Beberapa ramalan beliau 40 tahun lalu ternyata menjadi kenyataan seperti sesuatu berita tersebar ke seluruh dunia serta merta, pasangan sejenis dibenarkan berkahwin, kejadian bencana alam dan keganasan berleluasa. 

Terkini, sempena memperingati 40 tahun penghasilan Future Shock, beliau telah membuat beberapa ramalan yang perlu direnungi bersama. Antaranya ialah China akan muncul sebagai kuasa ekonomi global, pekerja akan bekerja tanpa pejabat dengan perkembangan internet yang pantas. Selain itu, dijangkakan lebih ramai wanita akan berkuasa sementara Timur Tengah bakal menjadi pusat pertelingkahan agama dan etnik. Dalam bidang teknologi, dunia akan memasuki "Zaman Petabyte" iaitu istilah yang merujuk kepada tahap kemampuan simpanan data lebih tinggi dan bersamaan 1024 tetrabyte. 

Sesungguhnya, segala ramalan sebelum ini yang menjadi kenyataan hanyalah secara kebetulan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Namun, jadikan ramalan-ramalan ini sebagai persediaan untuk kita merancang perkembangan dan kemajuan diri kita sebagai manusia.

Untuk mengenali Alvin Toffler, klik sini.dan di sini.

Tiada ulasan: